Friday 13 June 2014

Jawatan Kosong - Head of Strategic Transformation Division

http://www.ktmb.com.my/images/AdsHeadofStrategicTransformationDivison.pdf
 Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Jawatan Kosong - Head Of Goods And Services Tax (GST) Unit


 Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Jawatan Kosong - Juruteknik Fasiliti

Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan berikut:-

JURUTEKNIK FASILITI 
                                                       
Syarat Kelayakan
-  Mempunyai Sijil Kejuruteraan Awam dari Politeknik atau mana-mana institusi yang setaraf.
-  Berusia 19 tahun dan ke atas tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup iklan.
-  Pengalaman kerja yang berkaitan dengan kejuruteraan awam adalah kelebihan.
-  Mempunyai penglihatan yang baik dan tidak buta warna.

Kriteria Pemilihan
-  Boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
-  Mempunyai tahap kesihatan yang baik.
-  Sedia bertukar ke mana- mana lokasi di rangkaian KTMB.
-  Bermotivasi serta boleh bekerja bersendirian.

Spesifikasi Tugas
-  Mengawasi kerja-kerja pembaikian kerosakan bangunan serta pembersihan kawasan perumahan KTMB adalah mengikut kualiti kerja yang telah ditetapkan oleh pihak jabatan.
-  Mengawasi serta memastikan bahawa pekerja –pekerja, barang - barang serta peralatan untuk penyelengaraan tugas harian adalah mencukupi dan sempurna.
-  Membuat lawatan kerja berjadual ke kawasan serta bangunan dibawah penyeliannya seperti yang telah diprogramkan pada awal tahun
-  Menjadual kerja seharian kakitangan bawahannya serta memeriksa tuntutan lembur mereka adalah betul dan tepat dan berada pada tahap yang minima.
-  Menyediakan dan membuat anggaran bagi kerja - kerja kontrak serta proses memanggil tawaran kerja.

Cara Memohon
Permohonan hendaklah dibuat dengan menyatakan pengalaman, butir-butir peribadi beserta dengan salinan sijil-sijil persekolahan, sekeping gambar berukuran pasport dan sampul surat beralamat sendiri (ukuran 4” x 9”) yang bersetem. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar tidak lewat pada 30 Jun 2014 ke alamat berikut:-

Unit Perancangan Kakitangan
Pengurusan Bakat dan Pembangunan Organisasi
Ibu Pejabat Korporat KTM Berhad
Jalan Sultan Hishamuddin50621 Kuala Lumpur.

Tuesday 10 June 2014

Pembukaan Stesen Baharu

Sebagaimana yang telah aku maklumkan sebelum ini, beberapa buah stesen yang terdapat di dalam Projek Landasan Berkembar Elektrifikasi Ipoh - Padang Besar akan mula beroperasi di stesen yang baharu.

Berikut adalah stesen-stesen yang terlibat:

a. Stesen Sungai Petani. Tarikh pembukaan adalah 11 Jun 2014.
b. Stesen Gurun. Tarikh pembukaan adalah 12 Jun 2014.
c. Stesen Alor Setar. Tarikh pembukaan adalah 13 Jun 2014.

Dengan pembukaan ini, semua tiket-tiket perjalanan Tren Antarabandar akan mula dijual di kaunter baharu stesen-stesen berkenaan.

Diharap mendapat kerjasama daripada semua pengguna / penumpang keretapi. Jaga keselamatan diri dan barang-barang yang dibawa. Patuhi arahan dan panduan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

Monday 9 June 2014

Panduan Keselamatan

Memandangkan semakin ramai yang tidak mengetahui tentang peraturan dan keselamatan samada di stesen/perhentian keretapi serta kawasan di sekelilingnya, maka aku siarkan poster tentang kempen keselamatan keretapi.

Aku harap kejadian-kejadian kemalangan yang kerap berlaku sejak kebelakangan ini dapat dielakkan. 

Untuk pengetahuan kalian, seorang lelaki mati kerana dilanggar keretapi di Saleng, Johor pada 9 Mac 2014. Ini diikuti dengan kejadian pada 31 Mac 2014 di mana seorang lelaki pekerja kontrak terbunuh selepas dilanggar keretapi di Kilometer 95.1 Jalan Beaufort-Kota Kinabalu, Sabah.

Pada 2 Mei 2014, seorang penunggang motosikal maut, manakala pemboncengnya cedera parah selepas dilanggar keretapi ketika melintas landasan di Kampung Baru Pahi, Kuala Krai, Kelantan.

Tidak cukup dengan itu, berlaku lagi satu kemalangan ngeri di Perhentian Teluk Pulai, Kelang pada 1 Jun 2014 yang juga mengakibatkan kehilangan jiwa seorang lelaki.

Jadilah seorang pengguna/penumpang yang berhemah serta mematuhi arahan serta peraturan yang telah ditetapkan.

Kalau menaiki perkhidmatan Tren Antarabandar tu, jangan suka buka pintu sewaktu keretapi sedang bergerak. Seingat-ingat aku, yang suka membuka pintu koc sewaktu tren sedang bergerak ini kebanyakkan daripadanya adalah perokok-perokok tegar yang sukar untuk 'berhenti' sekejap dari menghisap rokok. 
 
Sebarang kecuaian atau kedegilan kalian bakal mengundang padah!