Tuesday 9 December 2014

Jawatan Kosong - Pelatih Juruteknik Awam (Merinyu Urusan Jalan)

Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengikuti program latihan berikut:-


Calon-calon yang terpilih akan dikehendaki menjalani latihan untuk tempoh selama 11 bulan di Akademi Keretapi, Batu Gajah, Perak Darul Ridzuan. Calon-calon yang berjaya menamatkan latihan dan lulus dalam peperiksaan yang diadakan kemudiannya akan ditawarkan untuk mengisi jawatan Juruteknik Awam (Merinyu Urusan Jalan) Gred J07G10.

Majukan permohonan anda sebelum 24 Disember 2014. Semoga berjaya.

Monday 8 December 2014

Jawatan Kosong - Corporate Planning Executive

Kepada semua warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan, KTMB sedang mencari calon yang sesuai dan berkebolehan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:


Majukan permohonan anda sebelum 17 Disember 2014. Semoga berjaya.

Perkhidmatan Bas Perantaraan Di Stesen Komuter Kajang Dan UKM

FEEDER BUS SERVICE at KTM KOMUTER KAJANG & UKM 
(Operated by Hafeena Services Sdn Bhd : LNH)
 

Friday 7 November 2014

Perkhidmatan Tren KTM Komuter Tambahan Klang - KL Sentral



Untuk makluman perkhidmatan KTM Komuter telah menambah perkhidmatan di sektor Pelabuhan Klang - Batu Caves. Perkhidmatan komuter tambahan tersebut hanya beroperasi dari Stesen Klang sehingga ke Stesen KL Sentral.

Tujuan tambahan ini adalah bagi menampung kesesakan penumpang yang semakin bertambah. Larian ini diadakan pada hari Isnin hingga Jumaat dan berkuat kuasa mulai 5 November 2014 yang lalu

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.ktmb.com.my atau hubungi pusat panggilan KTM Berhad di talian 1300 – 88 – 5862.

Jadual Perkhidmatan Tambahan Tren KTM Komuter Tren No. 7014
Mulai 05 November 2014
STESEN                       WAKTU
KLANG                         07:20
BUKIT BADAK              07:25
PADANG JAWA            07:30
SHAH ALAM                 07:36
BATU TIGA                   07:41
SUBANG JAYA             07:48
SETIA JAYA                 07:53
SERI SETIA                  07:55
KG DATO HARUN         07:57
JALAN TEMPLER          08:00
PETALING                    08:02
PANTAI DALAM            08:05
ANGKASAPURI             08:10
KL SENTRAL                08:20


4R - Red, Ribbon, Ride & Run


“4R (RED, RIBBON, RIDE & RUN) 10KM RUN PADA 7 DISEMBER 2014” KOLABORASI KTM KOMUTER BERSAMA HOSPITAL SG. BULOH SEMPENA HARI AIDS SEDUNIA 2014.

Borang Penyertaan (sila klik)

Monday 3 November 2014

Sejenak Di Nurul Ihsan

Sudah lama benar aku tidak mengunjungi Rumah Anak-Anay Yatim Dan Miskin Bait Al Amin di Parit tu. Kalau aku pergi pun, cuma singgah sekejap untuk bertanyakan khabar dan menghulurkan sedikit bantuan. Tak macam dulu pergi dari pagi hingga ke petang melayan kerenah anak-anak di sana sambil melayan tetamu yang datang dari seluruh tanahair.

Memandangkan aku ditawarkan untuk membekal dan menghantar makanan untuk satu projek oleh pelajar-pelajar dari UTP Tronoh dan dengan kesempatan yang ada, aku telah menjejakkan kaki ke Rumah Anak-Anak Yatim Dan Miskin Nurul Ihsan di Sungai Siput, Perak semalam (2 November 2014).

Berikut adalah sedikit kenangan yang dapat aku kongsi bersama kalian:
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Jumpa lagi pada masa akan datang....

Kekosongan Jawatan Di KTMB Sebagai Polis Bantuan


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan di Keretapi Tanah Melayu Berhad bagi jawatan berikut:
-


Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar tidak lewat daripada November 2014


Friday 24 October 2014

Salam Maal Hijrah 1436H

MUHARAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah.

Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).

Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharam sebagai bulan Allah (shahrullahi).

Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.

Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharam. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.

Diambil dari rossacalla.blogspot.com Terima kasih yer!!

Sunday 12 October 2014

Jawatan Kosong DI KTM Delivery

KTM Distribution Sdn. Bhd. adalah anak syarikat milik penuh KTM Berhad yang kegiatan utamanya menyediakan perkhidmatan kurier dan pengedaran bungkusan secara ekspres, mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di bawah:

1. Kerani

Pemohon yang berminat sila bawa salinan sijil-sijil yang berkaitan dan 2 keping gambar terbaru berukuran passport ke alamat berikut atau melalui email :
Pengurus Sumber Manusia & Pentadbiran
KTM Distribution Sdn. Bhd.
Tingkat 1, Bangunan Stesen Keretapi,
Jalan Sultan Hishamuddin,
50050 Kuala Lumpur

Email: hr@ktmd.com.my

Tarikh tutup permohonan: 20hb Oktober 2014

Saturday 4 October 2014

Salenan Wajah-Mu

Salenan Wajah-Mu

salenan wajah-mu 
yang kau berikan pada ku dulu
selalu ku tatap
ku lamun dalam rindu

senyuman nan  mesra 
yang terlukis dengan bibir mesra
aku merenungnya
penuh dengan rasa cinta

tapi apa daya
kini kita sudah berpisah
tinggallah salenan 
wajah-mu nan jelita

walaupun begitu 
hati ini tetaplah merindu
salenan wajah-mu 
tetap ada di samping ku


Lagu Salenan Wajah-Mu
Oleh Ayniah Hamid & The Fabulous Orchid

Thursday 2 October 2014

Jawatan Kosong - Pembantu Tadbir

Kepada yang sedang mencari pekerjaan dan berminat untuk bekerja di dalam bidang perkeretapian,  KTMB mempelawa warganegara Malaysia yang berlayakan bagi mengisi kekosongan jawatan sebagai:
 

PEMBANTU TADBIR

Untuk keterangan lanjut, boleh klik di sini.

Di Mana Kan Ku Cari Ganti...


Hendak ku nangis
Tiada berair mata
Hendak ku senyum
Tiada siapa nak teman
Kalaulah nasib
Sudah tersurat
Begini hebat
Apa nak buat

Di mana kan ku cari ganti
Serupa dengan mu
Tak sanggup ku berpisah
Dan berhati patah, hidup gelisah

Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggal ku sendirian
Tiada berteman dalam kesepian

Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada berguna
Keluhan hatiku membawa derita
Dikau jua tak kunjung jelma

Di mana kan ku cari ganti
Mungkinkah di syurga
Untuk kawan berduka
Menangis bersama, selama-lamanya
.....

Friday 12 September 2014

Jawatan Kosong Di Dalam KTMB

Kepada yang sedang mencari pekerjaan dan berminat untuk bekerja di dalam bidang perkeretapian,  KTMB ada membuka dua lagi jawatan untuk dipenuhi sebagai :


Sila patuhi arahan yang dikeluarkan bagi mengelakkan sebarang kesilapan atau kesulitan. 

Wednesday 3 September 2014

Jawatan Kosong Di KTMB

KTMB sedang mencari calon-calon yang berkelayakan dan sesuai untuk mengisi jawatan-jawatan berikut:


Sila patuhi arahan yang dikeluarkan bagi mengelakkan sebarang kesilapan atau kesulitan. 

Kerana Rindu Ini

Musim-musim berlalu
Ku masih menantimu
Walau lama terpisah
Tiada khabar berita
Kau tetap jua di hati ini bertakhta

Ku ingin melupakan
Pahitnya pengalaman
Tetapi hati ini amat degil sekali
Wajahmu jua yang datang menghampiri

Semenjak terjadinya perselisihan
Engkau pergi tanpa sepatahpun perkataan
Kerana bimbang diri hilangmu tak kucari
Sekalipun aku merinduimu tiap hari

Bila pemergianku tak kau peduli
Sangkaku kau senangi perpisahan ini
Kerana harga diri ku tak bertanya lagi
Sekalipun kau tetap ku sayangi

Kerana rindu ini
Sombongku terketepi
Mengatasi segala ialah cinta kita
Terpelihara dengan restu Yang Esa

Monday 18 August 2014

Koleksi Rafeah Buang

Atas permintaan sahabat-sahabat di Facebook, berikut adalah dua buah lagu kegemaran anda. Maaf jua dipinta kerana lagu Joget Pahang masih dalam proses menghilangkan bunyi geseran jarum piring hitam.

Rafeah Buang - Kenangan (Disember)
Rafeah Buang - Shamsiah

Semoga Terhibur

Friday 8 August 2014

Jawatan Kosong Dalam KTMB

KTMB sedang mencari calon-calon yang berkelayakan dan sesuai untuk mengisi jawatan-jawatan berikut:


Sila patuhi arahan yang dikeluarkan bagi mengelakkan sebarang kesilapan atau kesulitan.

Thursday 3 July 2014

Jawatan Kosong - Juruteknik Penyelenggaraan Tren

Kepada yang sedang mencari pekerjaan dan berminat untuk bekerja di dalam bidang perkeretapian,  KTMB ada membuka satu lagi jawatan untuk dipenuhi sebagai :

JURUTEKNIK PENYELENGGARAAN TREN (ELEKTRIK / MEKANIKAL)

Untuk keterangan lanjut, boleh klik di sini.

Thursday 26 June 2014

Musim Buah Dah Tiba

Musim buah-buahan dah tiba. Lihatlah buah-buah rambutan yang telah masak tanpa ada yang mengambilnya kerana boleh dikatakan hampir setiap rumah mempunyai sekurang-kurangnya sebatang pokok rambutan.

 
 

Tidak terkecuali juga pada pokok mangga ni. Tak ada siapa yang mahu... buahnya banyak, isinya manis. Buah yang gugur ke bumi kerap menjadi santapan kambing dan lembu.