Saturday 21 July 2012

Keretapi KTMB Keluaran PT INKA Madiun, Indonesia

Sejak pertengahan 2011 PT Inka telah melakukan pembuatan keretapi pesanan dari Malaysia sebanyak 3 jenis kereta yaitu ABC (Aircon Buffet Class), ASC (Aircon Second Class) dan PGC (Kereta Janakuasa). 

Konsep rekabentuk dibuat oleh Inka dengan mendapat persetujuan dari KTMB. Dalam proses pengerjaaannya, proses fabrikasi dan pemasangan beberapa komponen dan panel interior dikerjakan di Inka, manakala 'finishing'nya dikerjakan oleh KTMB sendiri. Kecuali untuk PGC dan bogienya, semuanya  dikerjakan di Inka. Jumlah keseluruhan projek ini adalah 12 ASC, 2 ABC dan 2 PGC.

Spesifikasinya adalah sebagai berikut:
Track gauge : 1000mm (lebih sempit dibanding di Indonesia)
Axle load : 16 MT
Panjang, lebar ASC : 22000 mm, 2720 mm (lebih panjang dibanding kereta Indonesia)
Panjang, lebar ABC : 21330 mm, 2700 mm
Panjang, lebar PGC : 15200 mm, 2810 mm
(Di Indonesia, semua jenis kereta mempunyai panjang dan lebar yang sama)
Tinggi rel ke lantai : 1054 mm
Tinggi dari rel ke top roof : 3615 mm
(Kereta ASC dan ABC adalah menggunakan 'stainless steel', manakala PGC menggunakan 'mildsteel')
Suhu maksimum : 40 darjah Celsius
Kelajuan maksimum : 120 KMJ
Kelajuan operasional : 100 KMJ
Jumlah penumpang bagi setiap koc ASC adalah 60 orang sedangkan untuk koc ABC sebanyak 36 orang.

 
 
Terdapat dua jenis tandasi iaitu tandas cangkung dan duduk dengan 'flushing system' menggunakan 'push button'. Tandas dengan sistem penampungan agar mudah digunakan dan mesra alam. Dan berikut adalah penandaan isi/kosong dari 2 jenis tandas tersebut.
 

Bogie menggunakan sistem 'primary suspension' menggunakan 'coil spring' dan 'secondary suspension' menggunakan 'air spring'.

Seperti koc ABC sediada, koc kantin yang baru ini direkabentuk sebahagian untuk bar dan sebahagian lagi untuk penumpang duduk menjamu selera.

Di setiap kereta ada fasilitas Wifi dan sistem audio individual bagi setiap tempat duduk tetapi penumpang tidak boleh memilih saluran seperti di pesawat terbang. Di setiap tempat duduk juga ada fasilitas 'stop contact'. TV diletakkan di setiap hujung kereta.

Berikut adalah interior dari ASC yang tanpa kerusi, kerana pemasangan kerusi akan dilakukan oleh KTMB sendiri.

Koc ASC saat sudah siap dibungkus dengan terpal dan  bersedia untuk dimuatkan ke dalam kapal
 
Ini pula adalah gerabak PGC yang telah siap sepenuhnya
Tempahan sedang dalam proses penghantaran ke pelabuhan
 
 Siap untuk dimuatkan ke dalam kapal.
 
 
 
Saat PGC dinaikkan ke kapal untuk berangkat ke Malaysia
Rancangan pengiriman bermula dengan menaiki kometo (lori yang mempunyai banyak tayar) melalui jalanraya yang sibuk menuju ke Pelabuhan Tanjung Peak, Surabaya.

Khabarnya untuk pengiriman pertama sebanyak 6 ASC dan 2 PGC, sedangkan 1 bulan berikutnya akan dikirim 6 ASC dan 2 ABC. Ada juga yang mengatakan bahawa penghantaran pertama terdiri daripada 6 ASC, sebuah PGC dan sebuah ABC.

Kerja-kerja akhir seperti pemasangan kerusi dan mengecat badan koc akan dilakukan oleh Hartasuma Sdn Bhd sebelum diserahkan kepada KTMB bagi tujuan pentauliahan dan pengoperasian tren.

Semoga selamat sampai di tujuan.

Membersihkan Pusara Bonda

Beberapa hari yang lalu, aku telah menziarahi pusara bonda tercinta yang terletak di Tanah Perkuburan Orang-Orang Islam Jalan Kebun Teh, Johor Bahru.

Dengan bantuan Ucu dan Ayah, kami telah membersih dan meninggikan sedikit kuburan bonda yang sudah semakin dimakan usia.
 

Ucu adalah orang yang paling seronok pada waktu itu.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Setelah dicuci dan ditinggikan, akhirnya kerja-kerja mengecat pun dijalankan. Pusara bonda dicat dengan warna putih.
 
 
Ucu menyudahkan kerja-kerja mengecat. Ayah tengok aje dan sesekali menegur bila ada yang tak kena pada kerja mengecat Ucu tu.
Tanah perkuburan ini terletak bersebelahan dengan landasan keretapi. Jadi sepanjang kami membersihkan kubur tu, dapatlah tengok keretapi lalu beberapa kali. Yang ini adalah Tren Ekspres Timuran dari Tumpat.

Yang ini pula adalah keretapi tadi yang terpaksa ditarik semula untuk disimpan di Stesen Kempas Bharu

Setelah semuanya selesai, kami pun balik meninggalkan pusara bonda itu. Insya Allah, jika ada masa aku dan keluarga pasti akan datang lagi menziarahi pusara bonda....

Musim Buah - Buahan Datang Lagi

Seperti tahun-tahun yang lalu, musim buah-buahan di kampung tiba serentak membuatkan lambakan buah-buahan terjadi. Harga buah-buahan jatuh dengan teruknya dan kurangnya permintaan dalam pasaran telah membuatkan pemilik dusun hanya membiarkan buah-buahan mereka busuk di pokok.

Mari kita tengok apa yang berlaku di dusun keluarga aku di Baling, Kedah ini...
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ada banyak jenis buah-buahan yang boleh diperolehi dalam dusun ini.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 Salah seorang peraih yang datang membeli buah-buahan untuk dipasarkan keluar kampung.
 
 

Ada  juga peraih buah-buahan yang memanjat sendiri pokok untuk mengambil buah seperti di bawah ini
 
 
 
 Kekadang tu ada baiknya juga bila lambakan buah-buahan berlaku kerana pada masa inilah sanak saudara berkumpul bila diadakan jamuan makan seperti ini...