Saturday 11 February 2012

Crystal Palace..1 Brighton..1

Kejayaan Brighton mengikat Crystal Palace 1 – 1 di Selhurst Park dalam perlawanan Liga Kejuaraan malam tadi semakin menaikkan semangat anak-anak didik Gus Poyet. Masakan tidak, sejak beberapa perlawanan kebelakangan ini, Brighton masih belum tewas.

Selaku pengurus pasukan, Poyet hanya membuat satu perubahan terhadap kesebelasan utama yang menang ke atas Newcastle United dalam saingan Piala FA hari Sabtu lepas, dengan Alan Navarro kembali dalam senarai. Navarro diturunkan untuk menguatkan barisan tengah Brighton bersama-sama Matt Sparrow dan Liam Bridcutt; Jake Forster-Caskey kembali memanaskan bangku simpanan.

Sam Vokes – yang dipinjam dari Wolverhampton Wanderers – juga disenaraikan sebagai pemain simpanan.

Satu lagi perlawanan menarik telah dipersembahkan. Pemain kedua-dua pasukan seolah-olah tidak mengenal erti penat mengejar bola dalam usaha untuk mendapatkan gol. Kehadiran seramai 17,271 orang penonton dengan 2,693 daripadanya adalah penyokong setia Brighton, telah menghangatkan lagi petang itu.

Crystal Palace terlebih dahulu memecah kebuntuan apabila dihadiahkan sepakan penalti pada minit yang ke-63. Chris Martin mudah meledak sepakan kencang melepasi jangkauan penjaga gol Brighton, Peter Brezovan. Tidak lama kemudian, Brighton menyamakan kedudukan menjadi 1-1 juga menerusi sepakan penalti. Will Buckley telah dijatuhkan di dalam kawasan penalti dan Ashley Barnes mudah menyempurnakan sepakan penalti itu.

Ashley Barnes sedang menyempurnakan sepakan penalti
Dengan keputusan tersebut, Brighton kini menghuni tangga ke-11 Liga Kejuaraan dengan mengutip 42 mata daripada 28 perlawanan. Tiga tempat terbatas liga dihuni oleh West Ham United (53 mata), Southampton (51 mata) dan Cardiff City (50 mata).

Pertemuan seterusnya adalah pada hari Sabtu, 4 Februari 2012 menentang Leicester City di Stadium Amex.

SENARAI PEMAIN

Crystal Palace: (4-5-1) Julian Speroni; Nanthaniel Clyne, Anthony Gardner, Paul McShane, Jonathan Parr; Sean Scannell (Darren Ambrose 78), Chris Martin (Owen Garvan 90+1), Kagisho Dikgacoi, Mile Jedinak, Wilfried Zaha; Jermaine Easter (Glenn Murray 81). Pemain simpanan yang lain: Lewis Price (GK), John Egan.

Brighton: (4-3-3) Peter Brezovan; Inigo Calderon, Lewis Dunk, Gordon Greer, Adam El-Abd; Liam Bridcutt, Alan Navarro, Matthew Sparrow (Torbjorn Agdestein 70); Will Buckley, Craig Mackail-Smith (Sam Vokes 70), Ashley Barnes. Pemain simpanan yang lain: Casper Ankergren (GK), Romain Vincelot, Jake Forster-Caskey.

Hari Ketiga Di Port Blair

Aku dan rakan-rakan semacam teruja untuk pergi ke Pulau Havelock. Selepas sholat Subuh jam 4.30 pagi, kami bersiap sambil membawa apa yang perlu seperti kamera, bateri kamera yang sudah dicas, topi untuk berlindung, pakaian mandi dan sarapan pagi berupa roti canai serta dhal dan sambal tumis.

Tepat jam 5.30 pagi, kami diarahkan untuk menaiki bas kerana perjalanan hari ini akan menggunakan bot khas dari Pelabuhan Hoddo. Jarak dari tempat penginapan ke pelabuhan tidak jauh sangat, lebih kurang 8 km. Tetapi kerana kesesakan jalanraya di awal pagi, perjalanan mengambil masa hampir setengah jam.

Cuaca amat bersahabat dengan kami. Aku rasa tak macam berada di negara orang. Setiba di pelabuhan, kami terus ditunjukkan dengan bot yang akan membawa kami ke Pulau Havelock.

Jam 6.00 pagi di Pelabuhan Hoddo, ramai yang dah beratur untuk menaiki feri menuju ke destinasi masing-masing.

Pemandangan di sekitar kawasan pelabuhan. Banyak kapal-kapal jenis lama yang kelihatan masih beroperasi.
Akhirnya setelah semua urusan dokumentasi selesai, bot bergerak meninggalkan Hoddo lebih kurang jam 7 pagi.

Dalam pelayaran, aku ternampak sebuah kapal Coast Guard India sedang membuat rondaan, siap dengan helikopter lagi.
Dua jam belayar… aku dan teman-teman sampai di Pulau Havelock.

Ini adalah bot peronda pantai kepunyaan Unit Polis Andaman dan Nicobar.
Kedatangan kami disambut oleh kakitangan kerajaan yang bertugas pada masa itu dengan jaminan keselamatan yang tinggi.
Ini pula tempat untuk membeli tiket bot/feri. Penumpang boleh menunggu di sini sementara menanti ketibaan bot yang mereka kena naik.
Inilah bas yang akan membawa kami menuju ke Pantai Radha Nagar.
Pemandangan tidak banyak berbeza dengan Bandaraya Port Blair. Motosikal roda tiga, kedai runcit, sawah padi dan semak samun masih menjadi pemandangan utama sepanjang perjalanan menuju ke pantai.
Tapi AWAS! Jalan raya di kawasan ini berlaku-liku dan mempunyai sekolah yang amat tajam. Dah lah jalannya sempit, bila terjumpa dengan mana-mana selekoh pemandu bas akan membunyikan hon bagi mengelakkan bertembung dengan kenderaan lain yang datang dari arah hadapan.
Dua puluh minit dalam bas, kami pun tiba di Pantai Radha Nacar. Ramai penduduk tempatan dan pelancong asing yang kelihatan di sepanjang pantai.

Nak tunggang gajah? Cuma 20 Rupee sahaja atau RM1.20 aje….
Boleh digunakan oleh sesiapa saja di waktu kecemasan
Maklumat tentang haiwan yang boleh ditemui di dalam hutan kawasan pantai
Tempat menyalin pakaian untuk lelaki
Lihatlah keindahan pantai ciptaan Ilahi ini. Pasirnya halus dan pantainya agak lebar. Kehadiran hutan simpan menyerikan lagi suasana
Banyak aktiviti yang dilakukan oleh para pengunjung pantai ini
Kalau tak tahan panas, boleh gunakan lorong pejalan kaki dalam hutan
Ini gambar apa pulak? Oh… ini gambar anak ketam sedang berlari-lari mencari lubang untuk menyelamatkan diri
Satu lagi keajaiban yang terdapat di pantai ini.
La.. buat apa tu?
Sewaktu air laut surut, kelihatan banyak hidupan kecil yang terperangkap di celah-celah batu
Tulis nama atas batu….
Tahukah kalian hutan ini dijaga dengan begitu rapi sekali? Langsung tak jumpa sampah!
Ini pula tahi gajah
Ini pula bukti menunjukkan bahawa hutan ini dijaga dengan baik. Jika ada kawasan yang agak lapang, akan ditanam dengan sejenis pokok.

Antara pokok yang besar dalam hutan ini
Puas mengambil gambar dalam hutan, kami keluar semula berjalan ke arah pantai. Air laut dah mula nak pasang….
Rupabentuk salah sebuah chalet untuk kegunaan ramai
Bagi warga tua yang ingin mencari rezeki, inilah tempatnya. Ada yang menjual pinang dan ada juga yang menjual buah-buahan. Aku diberitahu bahawa para pelancong asing menyukai buah belimbing besi yang dimakan bersama serbuk cili dan garam.
Untuk menghilangkan dahaga, aku mendapatkan sebiji buah kelapa dengan harga 20 Rupee.
Pelancong asing memang ramai di sini kerana mereka inginkan ketenangan, jauh dari hiruk pikuk seperti di kota
Sebagai ole-ole untuk keluarga dan saudara mara di tanah air, aku belikan untuk mereka beberapa cenderahati. Ada banyak benda yang boleh dipilih. Cuma sediakan wang yang cukup.
Keadaan persekitaran akan berdebu bila cuaca kering dan akan bertukar menjadi becak bila hari hujan
Pakcik ini adalah seorang pengusaha teh sarbat (teh halia).
Restoran seperti ini digemari oleh pelancong asing.

Bas yang membawa kami akhirnya bersedia untuk membawa kami balik semula ke pelabuhan.
Setiba di pelabuhan, aku dah mula rasa lapar. Banyak kedai makan yang kami masuk, tapi rasa tak berapa selesa bila tempat tu menyediakan makanan tidak halal.
Jalan punya jalan, aku ternampak benda ni… teringat aku akan pemandangan yang serupa di stesen-stesen keretapi zaman dahulu
Kemudian aku terjumpa pula dengan sebuah Pejabat Pos. Apalagi aku pun beli beberapa keping poskad dan aku kirimkan ke Malaysia.
Aku tak pasti ini apa. Nak kata hotel, bukan. Nak kata kuarters, pun bukan….
Bas-bas yang disediakan oleh pemerintah untuk memberi perkhidmatan di pulau ini.
Kami bernasib baik selepas berjalan-jalan sekitar pelabuhan, kami terjumpa dengan sekumpulan Mubaligh Islam. Mereka telah membawa aku dan kawan-kawan ke sebuah kedai makan yang menyediakan makanan yang halal.
Dengan harga 100 Rupee, kami boleh makan seberapa banyak yang kami suka. Hidangan asal hanyalah nasi, dhal, kari, ubi kentang, terung, acar mentah, sup, manisan, susu dan dua keping chapatti. Sepiring ikan goring yang sederhana besarnya, juga berharga 100 Rupee.
Sama seperti masa aku ke Pulau Palawan, Filipina dulu. Telur ayam di sini juga berwarna putih. Pelik kan.
Lepas makan, aku pusing-pusing sekitar pelabuhan. Inilah yang dapat aku lihat…
Ini basikal roda tiga, tapi ‘driver’nya di hadapan.
Selepas bot yang akan membawa aku balik ke Port Blair tiba, barulah rombongan kami dibenarkan untuk masuk ke jeti. Dari tepi jeti, air laut sangat jernih hingga boleh menampakkan hidupan laut yang ada di dalamnya.
Feri Catamaran ini mempunyai kelajuan yang lebih tinggi. Untuk sampai di Port Blair, masa yang diambil cuma 90 minit sahaja.
Sebuah pulau kecil di pintu keluar pelabuhan.
Sebuah pulau kecil di pintu keluar pelabuhan.
 La… dah lelap
Aku dan rombongan tiba di tempat penginapan sekitar jam 7.00 malam. Selepas membersihkan diri, kami berehat sambil menikmati ‘supper’ berupa kebab ayam dan jus limau.