Saturday 14 January 2012

Hadith Pilihan

Berwuduk

Dari Abu Hurairah r.a, katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya umatku akan datang pada hari kiamat dalam keadaan indah berseri serta bercahaya-cahaya mukanya dan anggotanya yang lain dari kesan wuduknya (yang sempurna)".

Anugerah

Ketika benih cinta mula bersemi
Ku jaga tak ku biar dia layu
Aku rela walau dengan air mata
Sejuta derita kan ku tempoh jua

Ingatlah cinta kasih itu anugerah
Di hati setiap insan di dunia
Oh.. janganlah engkau sia-siakan
Hidup dan cinta tak dapat terpisah...

Namun manusia seringkali dalam cintanya
Mendustai hatinya
Lupa akan segala janjinya
Cinta hanya datang
Satu kali dalam hidupnya
Sementara lainnya
Kau tanyakan pada mereka

Tuesday 10 January 2012

Stadium Falmer @ The Amex

Stadium Falmer Stadium, juga dikenali dengan nama Stadium Komuniti American Express atau The Amex, adalah sebuah stadium bolasepak berhampiran dengan sebuah kampung dikenali sebagai Kampung Falmer dalam kawasan bandaraya Brighton and Hove. Stadium inilah yang dijadikan laman sendiri oleh kelab bolasepak Brighton & Hove Albion.

Stadium ini telah diserahkan oleh pemaju kepada pengurusan kelab pada 31 Mei 2011.

Perlawanan bolasepak pertama diadakan di stadium ini adalah di antara Brighton menentang Eastbourne Borough dalam perlawanan akhir Piala Senior Sussex pada 16 Julai 2011.

Ini diikuti dengan perlawanan liga pertama berlangsung di stadium ini adalah pada 6 Ogos 2011 menentang Doncaster Rovers, lawan yang sama sewaktu perlawanan terakhir Brighton di stadium terdahulu, Stadium Goldstone Ground, empatbelas tahun yang lalu.

Manakala perlawanan bolasepak antarabangsa yang pertama diadakan di stadium ini adalah pada 10 November 2011 pertemuan di antara pasukan Bawah Umur 19 Tahun England menentang pasukan Bawah Umur 19 Tahun Denmark.

Sedikit info tentang Stadium Falmer atau Stadium Komuniti American Express ini. Ia mula dibina pada Disember 2008 dengan keluasan pada adalah 105 × 69 m (344 × 226 kaki). Bernilai £93 juta dan mempunyai kapasiti penonton seramai 22,374 (yang mana ianya boleh diubahsuai sehingga kapasiti maksima 35,000). Permukaan padang menggunakan rumput dan dilengkapi dengan sistem saluran air di bawah permukaan padang bagi mengelakkan kawasan becak apabila hujan. Sistem pemanas (warmer) hanya akan digunakan apabila pada diselaputi salji.

Hadith Pilihan

Berbuat Baik Itu Sedekah

Dari Abu Syaibah r.a dari Rasulullah s.a.w, sabdanya: "Setiap perbuatan baik (makruf) itu adalah sedekah."

Monday 9 January 2012

Hatiku Pernah Luka

dulu
pernah aku hidup sengsara
dulu
hatiku dah pernah luka
sejak dikau menghilang
tiada ku jumpa lagi
sejak kita berpisah
hidupku tak gelisah
dulu
senyum tangis saling berganti
kini
gembira kembali

Undian Pusingan Keempat Piala FA England

Pemenang perlawanan ulangan Pusingan Ketiga Piala FA England di antara Brighton atau Wrexham, telah diundi untuk bermain di tempat sendiri menentang pasukan Liga Perdana England, Newcastle United pada 28 Januari 2012 nanti.

Dalam perlawanan pertama Pusingan Ketiga pada hari Sabtu lepas, Brighton dan Wrexham seri 1 - 1 di Stadium Amex. Perlawanan ulangan akan diadakan di gelanggang Wrexham iaitu Racecourse Ground pada 17 Januari 2012.

Sunday 8 January 2012

Bila Rindu Datang Lagi

Bila rindu datang lagi
Hati ini jadi sepi
Hanya gambarmu ku jadikan teman
Untuk berbicara
Agar kan terlerai sepiku yang ada

Bila rindu datang lagi
Aku membaca suratmu
Dan terbayanglah cerita semalam
Di antara kita di saat berdua
Dibuai asmara

Kembali sayang kembalilah
Kembali segera padaku
Rindu ini menyiksaku
Mengusik setiap waktu
Aku rindukan kasih sayangmu

Bila rindu datang lagi
Aku jadi tak menentu
Dan keresahan membuat diriku
Menjadi cemburu
Apakah dirimu setia padaku

Brighton..1 Wrexham..1

Hanya seri 1 - 1. Perlawanan Piala FA Pusingan Ketiga antara Brighton dengan Wrexham yang berlangsung di Stadium Amex berkesudahan seri 1 - 1. Banyak peluang terlepas begitu sahaja baik kerana kecemerlangan penjaga gol mahupun ketumpulan barisan serangan kedua - dua pasukan.

Brighton mendahului pada minit ke-48 menerusi jaringan Jake Forster-Caskey sebelum Adrian Cieslewicz menyamakan kedudukan bagi Wrexham pada minit ke-62.

Pengurus Brighton Gus Poyet membuat enam perubahan pemain yang menewaskan Southampton 3 - 0 pada hari Isnin lepas termasuk menampilkan Ben Sampayo dan Grant Hall buat pertama kalinya musim ini.

Sampayo mengambil tempat Steve Cook di bahagian pertahanan - yang menyertai Bournemouth pada pertengahan minggu ini - sementara Hall mengambil tempat tempat Gordon Reer, yang menjalani penggantungan tiga perlawanan.

Inigo Calderon kembali setelah pulih dari kecederaan lutut dan mambuat penampilan pertama sejak November 2011 - mengambil tempat Adam El-Abd yand direhatkan - dan Romain Vincelot kembali dari penggantungan dan menggantikan Mauricio Taricco sebagai pertahanan kiri; Taricco terlepas peluang kerana kecederaan.

Alan Navarro kembali ke bahagian tengah dan Ashley Barnes kembali menguatkan jentera serangan sesusah menjalani penggantungan minggu lalu; Liam Bridcutt dan Craig Mackail-Smith direhatkan.

Perlawanan yang disaksikan oleh 18,573 orang peminat bolasepak ini secara keseluruhannya menarik tetapi penyudah yang sedikit menghambarkan.

Perlawanan ulangan telah ditetapkan pada 17 Januari 2012 dengan Wrexham menjadi tuan rumah di Racecourse Ground.

KESEBELASAN UTAMA

Brighton: (4-3-3) Peter Brezovan; Inigo Calderon, Romain Vincelot, Grant Hall, Ben Sampayo; Alan Navarro (Yaser Kasim 63), Matthew Sparrow, Jake Forster-Caskey; Will Buckley (Anton Rodgers 63), Ashley Barnes, Kazenga LuaLua (Torbjorn Agdestein 53). Pemain simpanan yang lain: Casper Ankergren (GK), Liam Bridcutt, Craig Mackail-Smith, Roland Bergkamp.

Wrexham: (4-5-1) Joslain Mayebi; Curtis Obeng, mark Creighton, Nathaniel Knight-Percival, Neil Ashton; Jake Speight, Jamie Tolley, Jay Harris, Joe Clarke (Dean Keates 78), Adrian Cieslewicz (Johnny Hunt 87); Andrew Morrell (Glen Little 78). Pemain simpanan yang lain: Chris Maxwell (GK), Leon Clowes, Obi Anoruo.

Dulu Kasih Kini Saudara

dahulu kita bercinta
berjanji hidup bersama
tapi kini musnah sudah
kita berpisah

jodoh tiada bagi kita
untuk kita hidup sama
hanya lupakan daku
dari hatimu
hanya itu yang ku pinta

tiada cinta padaku lagi
bersaudaralah kita sahaja
berserahlah pada Yang Esa

jangan diulangi cinta
pada diriku yang lara
bersaudaralah kita
untuk selamanya