Sunday 22 May 2011

Pulang Ke Kuala Lumpur

Awal pagi aku dah mula risau kerana hujan turun mencurah - curah sekitara jam 6 pagi di Kota Kinabalu.

Lebih kurang jam 7, hujan mula reda dan aku mula mencari teksi untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Nasib aku baik. Tahan punya tahan, akhirnya aku dapat sebuah teksi yang kebetulan pemandunya orang kampung aku kat Rembau tu.

Menurut kawan aku tu, lepas dia berhenti jadi askar, dia ikut isterinya balik ke Sabah. Kini beliau dan keluarga tinggal di Tanjung Aru. Sebab dah lama tak jumpa, dia belanja aku sarapan pagi dan membeli sedikit buah tangan untuk aku sampaikan kepada keluarganya di kampung.

Setiba di lapangan terbang, aku mula melapor pada petugas untuk mengesahkan aku hadir untuk naik pesawat dan seterusnya balik KL.

Banyak beg yang aku bawa balik sedangkan masa datang hari tu aku cuma bawa dua beg aje.
Aku perlukan dua troli untuk mengangkat beg dari dalam teksi ke ruang menunggu
Tempat aku melapor sebelum naik pesawat
Ini adalah kedai yang menjual buku - buku dan alatulis
Terpapar di skrin pesawat yang akan aku naiki dijadualkan berlepas tepat jam 10 pagi
Banner yang menyentuh perasaan. Kalau tiada anggota tentera, negara ini tak akan aman damai seperti hari ini.
Orang Utan dan Bunga Rafflesia serta Gunung Kinabalu, tidak boleh dipisahkan dengan negeri Sabah.
Banner iklan Ais Krim Potong
Kedai yang menjual barangan pelbagai
Suasana di landasan kapal terbang dari tingkap ruang menunggu
Alhamdulillah, aku selamat tiba di KLIA lebih kurang pada jam 12.45 tengahari. Ada kawan yang dah tunggu untuk bawa aku balik ke rumah bertemu dengan keluarga.

Tiba di rumah, rasa penat hilang tiba - tiba bila kembali dapat berjumpa dengan keluarga tercinta. Pengalaman pahit manis di Pulau Palawan, Filipina kini tinggal dalam kenangan.

Sejenak Di Kota Kinabalu

Setiba aku di Kota Kinabalu, hari dah gelap.... sepanjang perjalanan dari Puerto Princesa ke Manila dan dari Manila ke Kota Kinabalu, hujan lebat.

Menjejak kaki ke Bandaraya Kota Kinabalu dalam keadaan hujan sebelum aku mendapatkan teksi untuk ke hotel berdekatan dengan Pasar Filipina.

Selepas sholat Maghrib, aku mula mencari apa yang nak dimakan. Dari satu gerai ke satu gerai yang lain, aku mencari apa yang aku rasakan sedap untuk mengisi perut yang lapar. Akhirnya aku terjumpa sebuah gerai yang menjual mee rojak.

Mee rojak di sini dihidangkan bersama dengan semangkuk sup dan limau kasturi. Memang sedap. Cuma bentuk mee kuning di sini sama macam mee segera yang telah dicelur.

Sepinggan mee rojak harganya cuma RM 3.50 aje
Abang ni yang mengusahakan gerai menjual mee rojak.
Walaupun hujan, permintaan untuk Ais Batu Kacang sangat baik.
Tak menang tangan tuan punyai gerai ABC memenuhi order dari para pelanggan
Suasana gerai makan di Pasar Filipina yang sentiasa penuh sesak dengan pelancung dan warga tempatan
Selepas makan, aku singgah di gerai menjual makanan tradisonal ini. Kuih Cincin sememangnya menjadi kegemaran aku sejak dahulu lagi
Dah puas membeli belah berupa beberapa helai baju, makanan tradisional dan sedikit mutiara, aku pulang ke hotel penginapan dengan dengan senang hati.

Malam ni kena tidur awal sebab penerbangan balik ke Kuala Lumpur jam 10 pagi.

Selamat Malam KK.

Hari - Hari Terakhir Di Puerto Princesa

Sehari sebelum aku pulang ke Malaysia, aku telah menghadiri majlis jamuan yang dianjurkan oleh sebuah badan kerajaan di salah sebuah hotel terkemuka di Bandaraya Puerto Princesa.

Hampir semua menu yang dihidangkan adalah makanan kegemaran rakyat Malaysia kerana khabarnya orang yang menyediakan semua itu adalah seorang Melayu warga Malaysia yang didatangkan khas dari Kota Kinabalu.

Popiah goreng yang sedap dimakan dengan sos cili yang dicampur dengan cuka
Kek coklat yang manis
Buah - buahan tempatan negara Filipina, sama macam kita di Malaysia
Kuih apam dimakan dengan kelapa yang dicampur dengan gula dan garam
Pelayan wanita yang peramah tapi kurang fasih berbahasa Inggeris
Cuma minuman ini dan air suam sahaja yang dihidangkan
Pelayan lelaki ini fasih berbahasa Inggeris dan dari mereka aku dapat maklumat yang semua makanan ini dimasak oleh orang Melayu
Puas dapat makan masakan Melayu setelah hampir dua minggu di sini. Terima kasih kepada semua yang menyambut kehadiran aku di sini. Esok aku akan pulang semula ke Malaysia...

Musim Baru Belum Mula, Tapi 'The Seagull' Dah Mula Sibuk

Belumpun hilang penat meraikan kejayaan memenangi Liga Bahagian 1 nPower Musim 2010/11, pasukan Brighton & Hove Albion telah mula menyusun strategi bagi menghadapi Liga Kejuaraan Musim 2011/12.

Pengurus pasukan, Gus Poyet telah merangka pelan latihan musim panas dan sudah mula membeli pemain-pemain baru bagi mengharungi liga yang lebih mencabar. Tidak kurang juga ramai pemain-pemain samada dari pasukan pelapis dan belia ditawarkan kontrak yang lebih menarik.

Brighton telah mendapatkan tandatangan penyerang Bristol Rovers, Will Hoskin untuk mengikat kontrak selama dua tahun menyertai 'The Seagull'. Sementara itu masa depan Glenn Murray kini bergantung kepada kelab barunya, selepas pemain penyerang itu menolak tawaran kontrak untuk menyambung sumbangannya kepada pasukan Brighton pada musim hadapan.

Brighton juga telah membuat tawaran baru kepada beberapa orang pemain dari skuad pelapis antaranya Yaser Kasim, Ryan Simmonds dan Steve Cook - tetapi James Smith serta Ryan Thomson telah dibenarkan untuk menyertai kelab lain, sementara penjaga gol Mitch Walker telah diberitahu beliau bebas untuk meninggalkan kelab ini.

Pemain pasukan belia seperti Leon Redwood, Jamie Strong dan Jordan Woodley sudahpun diberikan tawaran untuk menyertai pasukan pelapis dan akan memulakan latihan bersama pasukan pelapis dibawah kendalian Charlie Oatway dan Luke Williams.

Striker dari Norway Torbjorn Agdestein juga telah menyambung kontrak; sementara pemain skuad pelapis George Barker, Grant Hall dan Jake Forster-Caskey masih dalam kontrak pasukan Brighton.

Terbaru, Jamie Smith dan Michael Poke telah bersetuju untuk menyambung kontrak mereka bersama Brighton - penjaga gol Poke bersetuju untuk menyambung kontrak selama setahun , manakala pemain tengah Smith diberikan kontrak selama enam bulan.

Gus Poyet telah mengesahkan bahawa kempen pra-musim akan disusun sebaik mungkin bagi memberi peluang untuk beliau melihat keupayaan pemain-pemainnya.

The Seagulls akan membuka tirai perlawanan pra-musim dengan menentang Burgess Hill Town pada hari Ahad, 10 Julai 2011 jam 1 tengahari. Ini diikuti dengan perlawanan peringatan untuk John Maggs menentang Horsham di Woodside Road, Worthing pada hari Rabu 13 Julai 2011, sebelum menentang Whitehawk pada hari Jumaat 15 Julai 2011.

Perlawanan Akhir Piala Senior Sussex akan berlangsung di Amex (stadium baru menggantikan Stadium Withdean) pada hari Sabtu 26 Julai 2011, jam 3 petang, menemukan pasukan Pelapis Brighton dengan Eastbourne Borough.

Perlawanan terakhir pra-musim akan diadakan pada hari Sabtu, 30 Julai 2011 apabila Brighton akan menanti kunjungan pasukan Tottenhan Hotspur, sebelum musim baru liga bermula seminggu kemudian.

Untuk pengetahuan kalian, Stadium Komuniti American Express yang mempunyai 22,500 tempat duduk ini, akan dirasmikan sebelum perlawanan antara Brighton dan Tottenham Hotspur itu bermula.

24 Orang Tertimbus Tanah Runtuh di Hulu Langat

Kejadian tanah runtuh di Hulu Langat yang menimbus seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa petang semalam, sedikit sebanyak menyentuh hati dan perasaan aku.

Manakan tidak kerana kehidupan anak-anak yatim dan miskin sudah sebati dalam kehidupan aku sejak aku mula mengenali Rumah Anak-Anak Yatim Dan Miskin Bait Al - Amin di Parit, Perak.

Tahulah aku bagaimana dengan keadaan mereka yang serba kekurangan walaupun mendapat bantuan kewangan dan barang-barang dari kerajaan dan orang ramai.

Takziah buat keluarga yang kehilangan anak atau saudara, Al Fatihah buat roh anak - anak yang telah pergi, berjuanglah buat semua anggota tim mencari dan menyelamat serta tak lupa bersabarlah dan banyakkan berdoa buat pengurusan dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa.