Thursday 28 April 2011

Potret Wajahmu

Potret wajahmu yang kau berikan padaku dulu

Selalu ku tatap ku lamun dalam rindu

Senyuman nan mesra yang terukir dgn bibir mesra

Aku merenungnya penuh dengan rasa cinta

Tapi apa daya kini kita sudah berpisah

Tinggallah potret wajahmu nan jelita

Walau pun begitu hati ini tetaplah merindu

Potret wajahmu tetap ada disampingku

Ingin Memeluk Dirimu

Baru pertama aku merasakan
Serba salah bila di depan dirimu
Entah mengapa aku begini
Wajahmu selalu terbayang-bayang
Sehari saja kita tak bertemu
Gelisah hatiku ingin jumpa kamu
Kerinduanku semakin mendalam
Cintaku padamu semakin membara
Bila malam ku peluk bayang wajahmu
Dalam tidurpun kau selalu ku impikan
Haruskah ku berteriak memanggilmu
Di tengah malam sunyi ku sendiri
Ingin memeluk dirimu

Mengapa Tidak Sempat BERDOA?

Perlu kita ketahui bahawa terdapat beberapa faedah dan keistimewaan berdoa:

- Melalui doa seorang Muslim dapat mententeramkan jiwa dan mencurahkan segala harapan serta merasa insaf terhadap kelemahan diri di dunia ini serta menyedari bahawa masih ada lagi yang berkuasa untuk memberi pertolongan.

- Doa merupakan kepala kepada seluruh ibadah.

- Doa boleh membantu menghilangkan penderitaan dan kegelisahan batin serta perasaan putus asa.

- Dikasihi Allah bila selalu berdoa kerana dengan cara itu kita sentiasa menghampirkan diri denganNya.

- Sebagai jalan untuk menambahkan kekuatan iman bila ada tempat bergantung.

- Merupakan salah satu ikhtiar untuk mencapai sesuatu yang dihajati.

- Doa boleh menguatkan iman, menjernihkan hati, menguatkan azam untuk bekerja, menambahkan kelazatan beribadah, memurahkan rezeki serta menjauhkan bala.

- Doa juga meruapakan senjata bagi orang-orang yang beriman termasuk golongan yang tertindas.

bersambung...

Hari Kelima Di Puerto Princesa (Part 3)

Sambungan dari Bahagian 2

Setelah meneroka sungai bawah tanah, aku menyusuri denai masuk ke kawasan hutan
Di kawasan hutan ini, kelihatan banyak monyet berkeliaran
Monyet menjadi penghuni tetap di kawasan ini
Ada beberapa info untuk para pengunjung
Aku kembali semula ke tempat asal dengan menggunakan laluan berbeza
Dalam perjalanan tu, aku terjumpa dengan 'rumah' sang biawak
Hai Sang Biawak, awak nak ke mana tu?
Penat berjalan, air yang dicari untuk menghilangkan dahaga
Gerai cenderahati tak lupa untuk dilawati
Suasana tenang dapat dirasakan di sini
Aku juga singgah di sebuah pejabat pelancongan
Satu pemandangan biasa di Pulau Palawan
Sebuah kampung yang sentiasa sibuk dengan pengunjung
Terdapat juga sebuah dua kedai yang agak baru
Iklan apa tu?
Akhirnya aku sampai semula di Bandaraya Puerto Princesa pada jam 7 malam
Letih sungguh hari ini, tapi aku rasa puas dengan apa yang aku dapat. Malam ni aku kena berehat kerana esok ada lagi aktiviti. Terima kasih buat Janet Barinque kerana sudi untuk membawa aku bersiar-siar. Esok kita jumpa lagi....

Wednesday 27 April 2011

Mengapa Tidak Sempat BERDOA?

Ternyata doa itu terlalu luhur sifatnya. Namun demikian masih ramai di kalangan manusia yang masih ragu-ragu, acuh tak acuh atau bersikap sambil lewa tentang berdoa ini. Sesungguhnya doa itu terlalu penting dan amat erat hubungannya di antara Islam dan keimanan seseorang.

Doa memiliki martabat dan keistimewaan yang tinggi di sisi Allah swt. Rasulullah saw pernah bersabda bahawa tiada sesiapa yang berupaya mengelak dari qadha Allah melainkan dengan berdoa. Menyedari hakikat ini sebagai seorang yang mengaku dirinya muslim, lebih-lebih lagi bagi yang tidak pernah ketinggalan pergi ke masjid untuk mendirian Sholat Jumaat, apalah salahnya kita bersabar seketika untuk sama-sama memohon dan berdoa kepada Allah swt.

bersambung...

Kedudukan Terkini Brighton & Hove Albion

Satu tewas dan satu seri dalam dua perlawanan terakhir pasukan Brighton sedikit sebanyak menunjukan yang pasukan ini masih ada lagi kelemahan yang perlu diperbaiki bagi menghadapi musim depan. Tewas di tempat sendiri kepada pasukan Southampton 1 - 2 dan seri 1 - 1 ketika bertandang ke Colchester United membuktikan yang barisan pertahanan agak goyah.

Sungguhpun begitu, Brighton masih kekal di tangga teratas liga.

Liga 1 nPower
TEMPAT SENDIRI TEMPAT LAWAN
Pos PasukanPMSKJBMSKJBLG
MATA
1 Brighton441741521911653017+46 94
2 Southampton431543411210473624+41 83
3 Huddersfield441273341712463625+28 83
4 Peterborough441453644084103533+26 75
5 MK Dons441354332283113036+5 71
6 Bournemouth44135446226882628+22 70

Perlawanan yang seterusnya adalah menentang Huddersfield Town di Stadium Withdean pada 30 April 2011 dan bakal menutup persaingan dalam Liga 1 nPower musim 2010/11 menentang Notts County di tempat lawan pada 7 Mei 2011.

Hari Kelima Di Puerto Princesa (Part 2)

Sambungan dari Bahagian 1

Gua batu kapur menghiasi sepanjang pemandangan menuju ke Underground River
Memasuki Underground River
Lagi pemandangan menarik di pintu masuk Underground River
Keadaaan di dalam agak gelap, perlu ada lampu suluh untuk mencari 'mangsa'nya.
Kelawar banyak la
Besar - besar kelawar di sini
Dah nak sampai ke penghujungnya
Lega ... rasanya bila dah nampak cahaya dari luar
Pintu untuk keluar
Pokok bakau hidup subur di sini
bersambung....