Tuesday 9 November 2010

Gangguan Perkhidmatan Tren Di Sektor Selatan

Perkhidmatan KTM Antarabandar di Wilayah Selatan mengalami gangguan ekoran insiden kegelinciran Tren KTM Antarabandar di Kilometer 773.0 berhampiran Stesen Bukit Timah, Singapura pada jam 8.17 pagi tadi (Selasa, 9 November 2010).

Tren KTM Antarabandar yang terlibat adalah Tren Ekspres Rakyat (Singapura – Butterworth) yang berlepas pada jam 8.00 pagi membawa seramai 60 orang penumpang daripada Singapura. Koc yang terlibat dengan insiden ini ialah sebuah lokomotif dan dua buah koc tempat duduk penumpang.

Semua penumpang yang terlibat telah dibawa kembali ke Stesen Tanjung Pagar/Singapura dan diberikan pemulangan tambang penuh. Tiada sebarang kemalangan atau kecederaan dilaporkan.


Ekoran daripada itu, beberapa perkhidmatan KTM Antarabandar telah mengalami gangguan iaitu:

a. Ekspres Rakyat (Butterworth – Singapura) - Tren akan ditamatkan di Stesen JB Sentral sahaja.

b. Ekspres Rakyat (Singapura - Butterworth) - Perkhidmatan ini dibatalkan, tren bermula daripada Stesen KL Sentral ke Butterworth sahaja.

c. Ekspres Senandung Sutera (Kuala Lumpur – Singapura) - Tren akan ditamatkan di Stesen JB Sentral sahaja (dijangka mengalami kelewatan).

d. Ekspres Senandung Sutera (Singapura – Kuala Lumpur) - Perkhidmatan dari Singapura dibatalkan dan tren ini bermula daripada JB Sentral.

e. Ekspres Sinaran Selatan (Singapura – Kuala Lumpur) - Perkhidmatan dari Singapura dibatalkan dan tren akan bermula daripada Stesen JB Sentral.

f. Ekspres Sinaran Selatan ( Kuala Lumpur – Singapura) - Tren akan ditamatkan di Stesen JB Sentral sahaja.

g. Ekspres Senandung Timuran (Singapura – Tumpat) - Perkhidmatan dari Singapura dibatalkan dan tren ini bermula daripada JB Sentral.

h. Ekspres Sinaran Timur (Tumpat - Singapura) - Tren akan ditamatkan di Stesen JB Sentral sahaja.

i. Tren shuttle (Kuala Lipis – Singapura – Kuala Lipis) - Perkhidmatan akan bermula dan tamat di Stesen JB Sentral sahaja.

j. Tren shuttle (Singapura – Gemas – Singapura) - Perkhidmatan ini dibatalkan.

Penumpang boleh meminta pemulangan tambang penuh untuk perkhidmatan yang dibatalkan ataupun menukar semula tarikh perjalanan. Kerja-kerja mengalihkan gerabak dan membaikpulih landasan sedang dijalankan dan landasan dijangka pulih pagi esok.

Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu

Jika berkunjung ke Kota Bharu, Kelantan tak lengkap rasanya jika tidak mengunjungi Pasar Siti Khadijah.


Nama asal pasar ini adalah Pasar Besar Buluh Kubu. Ianya dibuka pada tahun 1985 dan dirasmikan oleh KDYMM Al-Sultan Kelantan.


Nama pasar ini ditukar menjadi Pasar Besar Siti Khadijah pada tahun 1997 oleh Menteri Besar Kelantan. Ini adalah untuk memberi penghormatan kepada golongan wanita yang menjadi majoriti peniaga di pasar ini.


Terdapat pelbagai barangan yang dijual di pasar ini. Di tingkat bawah, tersedia barangan basah seperti ikan dan sayur-sayuran. Di tingkat atas pula dijual pakaian, kasut, alat perhiasan, pinggan mangkuk, barangan seni tembaga dan lain-lain.


Di tingkat atas juga terdapat kedai - kedai yang menjual berbagai jenis juadah untuk mengisi perut yang lapar selepas berpusing beberapa kali mencari barang-barang yang boleh dijadikan buah tangan untuk keluarga dan rakan - rakan.

Pokok Apakah Ini?

Apakah nama pokok ini? Adakah kalian tahu akan nama tumbuhan ini?

Makam Raja Melewar

Tidak jauh dari Replika Istana Raja Melewar, terletak pula Makam Raja Melewar.

Papan tanda Makam Raja Melewar

Tangga menaiki kawasan makam

Sedikit penerangan tentang Makam Raja Melewar

Terdapat tiga makam di kawasan ini

Persekitaran makam yang dikelilingi oleh pokok getah
Kalian boleh mengunjungi makam ini dengan mudah kerana ianya terletak di tepi jalan raya tidak jauh dari persimpangan Kampung Astana Raja. Malah jika kalian rajin, kalian boleh berjalan kaki dari kawasan Replika Istana Raja Melewar untuk datang ke makam ini.

Replika Istana Raja Melewar

Pada cuti sempena Deepavali yang baru lalu, aku dan keluarga menjenguk ke kampung halaman yang dah lama aku tak kunjungi.

Kampung Astana Raja, itulah nama kampung kelahiran ayah aku. Sebuah kampung kecil yang terletak di dalam daerah Rembau, Negeri Sembilan.

Aku mengambil masa yang singkat untuk melawat ke Replika Istana Raja Melawar.

Papan Tanda Kampung Astana Raja


Ini adalah Replika Istana Raja Melewar, yang terletak di sebelah kanan jalan raya menuju ke Pekan Lubok China.

Sedikit penerangan tentang replika tersebut

Keindahan replika istana yang menarik perhatian ramai pengunjung

Terdapat kedai menjual cenderahati, tempat memakir kenderaan yang luas dan juga tandas yang disediakan oleh pihak pengurusan Muzium Negeri Sembilan yang mengawal selia replika istana ini.

Brighton & Hove Albion..0 Woking..0

Brighton & Hove Albion sekadar mencatat keputusan seri 0 - 0 ketika menentang Working di Stadium Withdean pada hari Sabtu, 6 November 2010 dalam Pusingan Pertama Piala FA England musim 2010/11.

Seramai 5,868 orang penonton telah hadir menyaksikan perlawanan yang menarik dan juga mendebarkan ini.

Brighton akan berentap sekali lagi dengan pasukan Woking pada hari Selasa, 16 November 2010 di Stadium Kingsfisher, Woking dalam perlawanan ulangan.

Pemenang perlawanan ulangan tersebut akan menjadi tuan rumah kepada pasukan FC United of Manchester dalam Pusingan Kedua Piala FA England pada hari Sabtu, 27 November 2010.

Albion: (4-4-2) Brezovan; Calderon, Elphick, Dunk, Painter (Jamie Smith 73); Baz (Hart 60), Dicker, Bridcutt, Sparrow; Murray (Battipiedi 53), Barnes. Pemain simpanan yang lain: Poke (GK), El-Abd, Taricco, Bennett.