Tuesday 29 June 2010

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1431H/2010M akan berlangsung mulai 28 Jun 2010 sehingga 03 Julai 2010 di Dewan Saadah, Wisma MUIS, Kota Kinabalu, Sabah. Orang ramai dijemput hadir bagi menghayati bacaan ayat-ayat suci Al Quran yang diperdengarkan oleh qari dan qariah dari seluruh Malaysia.

Musim Durian Dah Tiba

Musim durian dah mula tiba. Di mana - mana saja kelihatan orang menjual durian. Ada berbagai jenis durian untuk kita pilih.

Aku macam biasalah... nak makan durian kena balik kampung... kutip sendiri kat dusun.

Hidung kena ada deria bau yang baik supaya dapat mengesan kedudukan buah durian yang jatuh tersembungi di celah daun atau rumput atau lalang.....
Kalau nasib baik, buah durian yang gugur dari atas bukit akan bergolek ke satu tempat yang berhampiran dengan buah yang lain
Adakalanya tak perasan kat mana buah durian tu tersembunyi
Kalau ada rezeki, inilah hasilnya
Pagi itu suasana di persekitaran dusun amat indah sekali
Anak sungai mengalir lesu dengan airnya yang jernih
Pondok tempat rehat kalau penat selepas menebas rumput dan lalang
Tapi AWAS! Sang pacat akan bermaharajalela jika kita tak hati - hati
Masih ada lagi suasana kedamaian dan kehijauan di kampung aku nie
Penuh la bonet kereta aku dengan buah durian fresh!

Berkhemah Di Burmese Pool

Minat berkhemah? Minggu lalu (21 - 24hb Jun 2010) aku dan kawan-kawan telah sepakat untuk berkhemah di Burmese Pool, Bukit Larut, Taiping.

Satu - satunya tandas di Burmese Pool
Sedang mengasingkan 'pack ration'
Dapur kayu terpaksa dibuat dibawah khemah, sebab hujan hampir setiap petangPerkakas memasak seperti dapur gas dan peti sejuk pun kami bawa sama
Jerang air untuk memasak nasi
Antara khemah yang didirikan
Memasak dengan dibantu cahaya lampu suluh...
Menyediakan nasi goreng sebagai juadah sambil menonton siaran langsung perlawanan bolasepak Piala Dunia
Pedih mata mengupas bawang
Dalam menyediakan sambal belacan special
Hujan lebat menyebabkan air melimpah hingga mendekati khemah
Makan malam yang enak disediakan walaupun dalam keadaan hujan lebat
Dapatlah malam tu makan ayam bakar, daging panggang, ikan cencaru bakar, coleslaw, nasi goreng cina, jagung bakar dan macam - macam lagi
Walaupun lapar kerana hujan, kami tetap beratur untuk menikmati juadah yang disediakan
Itulah serba sedikit gambaran keadaan sewaktu berkhemah di Burmese Pool.

Hujan hampir setiap hari tidak mematahkan kami untuk beriadah sambil mencari pengalaman baru. Terima kasih kepada semua yang telah bersusah payah merancang dan melaksanakan perkhemahan ini.

Harap dapat diadakan pada masa akan datang.


Penyimpang

Secara amnya fungsi penyimpang atau 'switches' adalah untuk memboleh laluan rel diubah kepada laluan rel yang lain agar keretapi boleh bertukar landasan mengikut keperluan.

Penyimpang di Stesen Mengkarak
Dalam memenuhi kehendak yang dinyatakan, beberapa kriteria perlu dipenuhi iaitu:
1. Boleh menanggung had laju keretapi.
2. Berada pada kawasan yang memerlukan operasi.
3. Menyediakan keperluan operasi secara maksimum.
4. Boleh menanggung beban gandar yang diperlukan.
5. Kos yang murah, mudah dibina, mudah diganti dan mudah diselenggara.
6. tahan karat, hakisan dan reput serta penyelenggaraan yang minima.
7. Bersesuaian dengan peralatan semboyan dan komunikasi.

Penyimpang di Sisian MSM Tampoi

England..1 Jerman..4

Ketewasan England 1 - 4 di tangan Jerman pada pusingan kedua Piala Dunia 2010 telah memang aku duga. Sejak awal lagi aku telah katakan bahawa pasukan pilihan aku ini tidak mampu untuk melangkah jauh dalam kempen kali ini kerana barisan yang diturunkan tidaklah begitu mantap.

Kalian lihatlah sendiri betapa England terpaksa berhempas pulas dalam peringkat kumpulan untuk layak ke pusingan kedua ini.

Sungguhpun begitu aku tetap bangga England tidak pulang lebih awal seperti mana pasukan Perancis dan juara bertahan, Itali.