Sunday 24 March 2024

PERHENTIAN CHANIH

Jadual Perjalanan Keretapi No. 419 dan 420 Tahun 1953

Berikut adalah jadual perjalanan Tren No. 419 dari Krai ke Gua Musang dan Tren No. 420 dari Gua Musang ke Krai.

Apa yang menarik dalam jadual tersebut adalah tercatat sebuah perhentian yang dikenali sebagai PERHENTIAN CHANIH. Kalian tahu lokasi sebenar PERHENTIAN CHANIH ini?

Beberapa Penemuan Baru

BEBERAPA PENEMUAN BARU

Dalam menyelongkar dunia tanpa sempadan, beberapa penemuan baru dalam sejarah keretapi di Malaysia telah aku perolehi.

Penemuan yang tidak disengajakan ini telah membuatkan aku terpaksa membuat kemaskini dalam Senarai Stesen Dan Perhentian KTMB yang telah aku wujudkan sejak tahun 1995.

Berikut adalah beberapa penemuan yang telah aku perolehi.

1. Stesen Simpang Lahat (Lahat Junction) dan  Stesen Lahat (Town).

2. Stesen Bukit Palong.

3. Perhentian Rawang Road. 

Apa yang aku harapkan adalah akan ada lebih banyak penemuan dalam dunia keretapi di Malaysia agar ianya dapat aku kongsi bersama kalian.

KTM - Tetap Dihati

Brighton & Hove Albion FC

Brighton & Hove Albion FC

Hello. Apa khabar? Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam walau di mana jua anda berada. Harapnya cuaca panas yang sedang melanda beberapa buah negeri di Malaysia ketika ini tidak menghalang daripada kalian menyempurnakan Rukun Islam Yang Ketiga ini. Masa berlalu begitu pantas dan hari ini sudah hampir separuh bulan Ramadan kita lalui.

Pencapaian pasukan Brighton & Hove Albion sejak akhir-akhir ini amatlah kurang memberansangkan. Beberapa kekalahanan menyaksikan pasukan Brighton tersingkir dari saingan Piala FA England, terkeluar daripada meneruskan saingan dalam Liga Eropah dan kini sekadar menduduki tangga ke lapan dalam carta Liga Perdana Inggeris.

Berikut adalah keputusan semasa pasukan Brighton & Hove Albion. Untuk keputusan yang terdahulu boleh rujuk di sini.
Perlawanan 24. 10 Februari 2024. Tottenham Hotspur 2-1 Brighton.
Perlawanan 25. 18 Februari 2024. Sheffield United 0-5 Brighton.
Perlawanan 26. 24 Februari 2024. Brighton 1-1 Everton.
Perlawanan 27. 2 Mac 2024. Fulham 3-0 Brighton.
Perlawanan 28. 10 Mac 2024. Brighton 1-0 Nottingham Forest.

Kedudukan semasa Liga Perdana Inggeris Musim 2023/24.


Perlawanan seterusnya.
Perlawanan 29. 31 Mac 2024. Liverpool lawan Brighton.

Piala Liga Inggeris (Piala Carabao)
Perlawanan Pusingan Ketiga. 27 September 2023. Chelsea 1-0 Brighton.Terkeluar dari saingan Piala Carabao musim ini.

Piala FA England
Perlawanan Pusingan Ketiga. 5 Januari 2024. Stoke City 2-4 Brighton.
Perlawanan Pusingan Keempat.  27 Januari 2024. Sheffield United 2-5 Brighton.
Perlawanan Pusingan Kelima. 28 Februari 2024. Wolverhampton Wanderers 1-0 Brighton. Terkeluar dari saingan Piala FA England musim ini.

Liga Eropah
Perlawanan Pertama Saingan 16 Terakhir. 8 Mac 2024. Roma (Itali) 4-0 Brighton.
Perlawanan Kedua Saingan 16 Terakhir. 15 Mac 2024. Brighton 1-0 Roma (Itali). Aggregat 1-4 dan terkeluar dari saingan Liga Eropah.

Apapun keputusan yang berlaku, aku doakan agar pasukan Brighton & Hove Albion ini kembali mencapai kemenangan dalam perlawanan akan datang.
Selamat Maju Jaya kepada pasukan Brighton & Hove Albion.

Monday 19 February 2024

Di Anjung RIndu

Di Anjung RIndu

Sengsara hatiku sengsara
Mengenang harapan tak jadi
Bahgia ku nanti bahgia
Derita jua nasib diri
Di mana ku cari di mana
Penawar hatiku yang sepi
Terasa diriku terasa
Hidup tapi serupa mati
Mana dendang waktu beradu
Mana madah mengikat kasihku
Mana sumpah janji padaku
Mana cinta manismu untukku
Ku harap padi tumbuh sebendang
Tapi lalang saujana pandang
Ku harap madu setampuk pinang
Tapi racun secangkir puan
Aduhai sayang
Kalaulah sudah orang tak suka
Tidak lagi hamba terdaya
Walaupun pedih hamba terima
Ku rela hidup bagai dulu
Di anjung rindu....

Saturday 17 February 2024

Tika Senja Bertandang

Tika Senja Bertandang

Sendirian di Kuala Abang
Ku tatap senja dalam sendu
Menahan pedih yang berdenyut di dada
Terkadang
Aku ingin menjadi seperti angin
Yang membawa puing kenangan
Yang membawa sejuta rasa
Ada kata yang sulit terucap
Ada bibir yang enggan bicara
Ada rasa yang enggan untuk diam
Ada rindu yang terus menguat
Semua itu kerana kamu
Kerana kamu yang kurindu
Kerana kamu yang kucinta
Kerana kamu rasa itu ada
Langit yang berwarna kemerah-merahan ini
Mungkin sudah bosan melihat guratan pilu
Andai kau tahu bahawa melupakanmu
Tak secepat langit indah ini menjadi gelap....


Brighton & Hove Albion FC

Brighton & Hove Albion FC

Hello. Apa khabar? Masa berlalu begitu pantas dan pasukan Brighton & Hove Albion meneruskan saingan musim 2023/24 dengan keputusan yang bercampur-campur. Menang atau seri ketika menentang pasukan yang kuat tetapi tewas mudah kepada pasukan yang berada di bawah dalam kedudukan liga. Itulah bolasepak yang sedang dilalui oleh pasukan Brighton & Hove Albion ketika ini. Brighton perlu bangkit untuk menghadapi saingan dalam Liga Perdana Inggeris, Piala FA dan Liga Eropah dalam minggu mendatang.


Tahniah kepada Simon Adingra atas kejayaan beliau membantu negaranya Ivory Coast memjuarai Kejohanan Bolasepak Negara-Negara Africa 2023  (AFCON 2023) yang baru berakhir pada 11 Februari 2024. Selain memenangi Piala AFCON 2023, beliau juga terpilih sebagai Pemain Terbaik Perlawanan Akhir dan mendapat anugerah Pemain Muda Terbaik AFCON 2023. Semoga beliau akan terus maju dalam arena bolasepak.

Berita penuh boleh dibaca di sini.

Berikut adalah keputusan perlawanan Liga Perdana Inggeris musim ini.
Perlawanan 01. 12 Ogos 2023. Brighton 4-1 Luton Town.
Perlawanan 02. 19 Ogos 2023. Wolverhampton Wanderers 1-4 Brighton.
Perlawanan 03. 16 Ogos 2023. Brighton 1-3 West Ham United.
Perlawanan 04. 02 September 2023. Brighton 3-1 Newcastle United.
Perlawanan 05. 16 September 2023. Manchester United 1-3 Brighton.
Perlawanan 06. 24 September 2023. Brighton 3-1 AFC Bournemouth.
Perlawanan 07. 30 September 2023. Aston Villa 6-1 Brighton.
Perlawanan 08. 08 Oktober 2023. Brighton 2-2 Liverpool.
Perlawanan 09. 21 Oktober 2023. Manchester City 2-1 Brighton.
Perlawanan 10. 29 Oktober 2023. Brighton 1-1 Fulham. .
Perlawanan 11. 04 November 2023. Everton 1-1 Brighton.
Perlawanan 12. 12 November 2023. Brighton 1-1 Sheffield United.
Perlawanan 13. 25 November 2023. Nottingham Forest 2-3 Brighton.
Perlawanan 14. 03 Disember 2023. Chelsea 3-2 Brighton.
Perlawanan 15. 6 Disember 2023. Brighton 2- 1 Brentford.
Perlawanan 16. 9 Disember 2023. brighton 1-1 Burnley.
Perlawanan 17. 17 Disember 2023. arsenal 2-0 Brighton.
Perlawanan 18. 21 Disember 2023. Crystal Palace 1-1 Brighton.
Perlawanan 19. 28 Disember 2023. Brighton 4-2 Tottenham Hotspur.
Perlawanan 20. 02 Januari 2024. West Ham United 0-0 Brighton.
Perlawanan 21. 22 Januari 2024. Brighton 0-0 Wolverhampton Wanderers.
Perlawanan 22. 30 Januari 2024. Luton Town 4-0 brighton.
Perlawanan 23. 03 Februari 2024. Brighton 4-1 Crystal Palace.
Perlawanan 24. 10 Februari 2024. Tottenham Hotspur 2-1 Brighton.

Kedudukan semasa Liga Perdana Inggeris Musim 2023/24.

Perlawanan seterusnya.
Perlawanan 25. 18 Februari 2024. Sheffield United lawan Brighton.

Piala Liga Inggeris (Piala Carabao)
Perlawanan Pusingan Ketiga. 27 September 2023. Chelsea 1-0 Brighton.Terkeluar dari saingan Piala Carabao musim ini.

Piala FA England
Perlawanan Pusingan Ketiga. 5 Januari 2024. Stoke City 2-4 Brighton.
Perlawanan Pusingan Keempat.  27 Januari 2024. Sheffield United 2-5 Brighton.

Perlawanan seterusnya
Perlawanan Pusingan Kelima. 28 Februari 2024. Wolverhampton Wanderers lawan Brighton.

Liga Eropah
Perlawanan 01 Kumpulan. 21 September 2023. Brighton 2-3 AEK Athens (Greece).
Perlawanan 02 Kumpulan. 05 Oktober 2023. Marseille (Perancis) 2-2 Brighton.
Perlawanan 03 Kumpulan. 26 Oktober 2023. Brighton 2-0 Ajax amsterdam (Belanda).
Perlawanan 04 Kumpulan. 09 November 2023. Ajax Amsterdam (Belanda) 0-2 Brighton.
Perlawanan 05 Kumpulan. 30 November 2023. AEK Athens (Greece) 0-1 Brighton.
Perlawanan 06 Kumpulan. 15 Disember 2023. Brighton 1-0 Marseille (Perancis)

Kedudukan Kumpulan B.
Brighton menjuarai Kumpulan B dan mara ke Pusingan 16 Akhir dalam Liga Eropah Musim 2023/24. 

Perlawanan seterusnya.
Akan dimaklumkan selepas undian perlawanan yang akan diadakan pada 23 Februari 2024.

Selamat Maju Jaya kepada pasukan Brighton & Hove Albion.

Thursday 15 February 2024

abang....

abang...
 
abang...
petang ni yang dengar semua lagu kat link abang...
sebak yang...
yang rasa ingin segera terbang kepangkuan abang..
tapi apa kan daya yang... 
tika ni yang rindu.....
rindu sangat-sangat pada abang..
yang tak tahu sampai bila yang harus dalam keadaan begini...
dah penat yang...
penat untuk memikirkan diri yang dan abang.. 
abang..
yang menangis lagi tika ni...
jiwa yang meronta-ronta...
yang tak tahu nak buat macam mana...
yang dah tak sanggup berterusan dalam keadaan macam ni...
yang rindu abang...
 
Kamunting
23 Ogos 2010
3.21 petang